Monday 11 August 2014

CONTOH FOLIO BAND 6 BAB-5 PENCEMARAN UDARA

PENCEMARAN UDARA

 NAMA MURID:MOHAMAD SHAHRIZAL BIN MOHD JAMIL
                      
    KELAS:1RK SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR
                    
    PEMBIMBING:PN.AZIZAH BINTI ATAN
      

          OBJEKTIF


Objektif saya membuat folio ini adalah ingin mengetahui dan mempelajari kesan,maksud ,penyebab dan langkah-langkah menghalang dan mengawal pencemaran udara.Jika saya membuat ini saya mengetahui tentang pencemaran udara.Justeru, saya juga boleh mencegah pencemaran udara dan  boleh rakan-rakan turut serta kerana saya sudah mengetahui caranya.Oleh itu,kualiti udara akan bertambah baik dan sihat.








MAKLUMAT YANG DIKUMPUL


1.Maksud Pencemaran udara
  i)maksud pencemaran udara
2.Contoh Bahan Cemar Udara
3.Sumber Bahan Cemar Udara
4.Kesan Pencemaran Udara
5.Langkah-Langkah untuk Mengahalang dan Mengawal Pencemaran Udara

MAKSUD PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.

contoh bahan cemar udara
Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan yang berbahaya yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan kita. Bahan pencemar ini memberi kesan besar kepada kita jika tidak ambil langkah penjagaan yang baik. Antara bahan-bahan pencemar yang boleh membahayakan sistem respirasi kita adalah:


Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.


Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan

*Info lanjut : 
Dapat ini jika anda merokok? Cemburunya...


Karbon Monoksida
Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan


Sulfur Dioksida
Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.
*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid




Jerebu
Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.




Toksin
Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.



Berikut ialah ulasan tentang bahan cemar udara:
1.AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
  Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. .


2.KENDERAAN BERMOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

4. PENJANAAN KUASA

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.










 sumber pencemaran udara

Sumber Alami
1. Letusan Gunung Berapi

Salah satu gas pencemar yang di hasilkan oleh gunung berapi adalah SOx.
2. Kebakaran Hutan
Ada beberapa bahan polutan dari pembakaran yang dapat mencemari udara, diantaranya adalah bahan polutan primer, seperti: hidrokarbon dan karbon oksida, karbon dioksida, senyawa sulphur oksida, senyawa nitrogen oksida dan nitrogen dioksida. Adapun polutan berbentuk partikel adalah asap berupa partikel karbon yang sangat halus bercampur dengan debu hasil dari proses pemecahan suatu bahan.
Sumber Antropogenik
Sumber antropogenik ini biasanya berhubungan dengan proses pembakaran berbagai jenis bahan bakar, diantaranya:
1. Sumber tidak bergerak (stationary source), termasuk asap dari industri manufaktur, hasil pembakaran insinerator, furnace, dan berbagai tipe peralatan pembakaran dengan bahan bakar;
2. Sumber bergerak (mobile source), termasuk kendaraan bermotor, pesawat, dan/atau kapal laut;

3. Asap dari penggunaan cat, hair spray, dan jenis pelarut lainnya;
4. Gas yang dihasilkan dariproses pembuangan akhir di TPA, yang umumnya adalah gas Metan. Gas metan ini memang tidak bersifat racun (toksik), tetapi gas ini termasuk gas yang mudah menyala (flammable) dan dapat membentuk senyawa yang bersifat eksplosive (mudah meledak) jika bereaksi dengan udara;
5. Militer, seperti senjata nuklir, gas beracun, senjata biologis, maupun roket.





  kesan pencemaran udara


Kesihatan Manusia
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

Tumbuhan
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

Haiwan
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.




Bahan
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

Penyusutan Lapisan Ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Hujan Asid
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.








Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal denganmengionkan oksigen di atmosfera melaluipenggunaan velon helium. Selain itu,penampalan ozon juga boleh dilakukan denganmenembak peluru ozon dengan menggunakankapal terbang yang mampu menampal ozon.Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapatmengawal pencemaran udara untuk jangka masapendek sahaja


  Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egenpentadbiran Negara telah mengubal pelbagaiundang-undang dalam mengawal kadarpencemaran udara. Sebagai contoh, industrybesar dan kecil di wajibkan menapiskan asap yang dikeluarkan. Wat scrubber merupakanpenapis asap kilang dengan penyembur air danbatu kapur pada asap. Proses ini dapatmengurangkan sulphur dioksida sampai 90%

Kitar  Semula
Mengitar semula bermaksud mmemproses ataumenggunakan semula bahan buangan sepertiplastik, kertas, tialuminium dan sebagainya.Kaesah ini merupakan proses yang sangat selamatkepada alam sekitar kerana dapat mengurangkankadar pencemaran. Pembakaran sampah sarapturut dapat dikurangkan.


   Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden penggunaankenderaan menggunakan kuasa elektrik sedangdikaji secara giat di Negara-negara barat.Kenderaan jenid ini bukan sahaja tidakmenghasilkan pencemaran udara malahpencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenagaelektrik adalah mahal dan kesannya terhadapalam sekitar bergantung kepada cara elektrik tersebut dihasilkan 




KESIMPULAN

Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.

21 comments:

  1. terima kasih,folio kamu sudah tolong saya banyak

    ReplyDelete
  2. thankyou for this folio guy :') it helps me a lot . Tiru dekat sini je hehehe . Thankyou again !

    ReplyDelete
  3. Dapat di ringkas kan lagi..lgi best..tp padat jugak isi nye ni..good job

    ReplyDelete
  4. good....banyak membantu...tapi kat kesimpulan..kenapa generasi kene dating pulak?

    ReplyDelete
  5. Slh taip patutnya datang..

    ReplyDelete
  6. tq. folio kmu betul2 menolong aku.

    ReplyDelete
  7. Thanks so muchh this help me to get Band 6 ^^

    ReplyDelete
  8. Thanks so muchh this help me to get Band 6 ^^

    ReplyDelete
  9. tq.Folio mu banyak menolongku untuk mendapatkan band 6

    ReplyDelete
  10. nice...actually x bca hbis pon kandungan dia..ahahahh..more kpd background.....nice

    ReplyDelete
  11. Woow. It's very good sentence. 😉 Keep it up....

    ReplyDelete